Previous ◁ | ▷ Next

Berita Semasa

  • Apr 06 , 2014

    Dimaklumkan bahawa Perhimpunan Bulanan dan Taklimat Pengurusan Risiko akan diadakan seperti ketetapan berikut:

    Tarikh : 10 April 2014
    Masa : 8.30 pagi
    Tempat : Dewan Al-Farabi


    Semua warga BTPN/PKG diwajibkan hadir.

  • Apr 06 , 2014

    Bahagian Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat perbincangan dengan Bahagian Teknologi Pendidikan pada 5 Mac 2014 berhubung Kajian Audit Prestasi Terhadap Perkhidmatan 1Bestarinet dan Perolehan Peralatan ICT ke Makmal Komputer Sekolah (HP Multi Seat, VDI Thin Client, dan Chromebook).

     

  • Apr 06 , 2014

    Pemilihan Tokoh NILAM peringkat negeri Kedah telah diadakan pada 1 hingga 3 April 2014 dengan jayanya. Kategori yang dipertandingkan adalah Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Bahasa Melayu Sekolah Menengah, Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah. Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori.

  • Apr 02 , 2014

    URUSAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG29, DG32, DG34 DAN DG38 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN KE GRED DG42 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

    Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG42. Mana-mana pegawai yang berminat hendaklah tersebut hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Ketua Jabatan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) di KPM bagi tujuan kenaikan pangkat tersebut.

  • Mar 16 , 2014

    Dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah akan mengadakan Pemilihan Tokoh NILAM peringkat negeri Kedah 2014 bagi memilih calon Tokoh NILAM kategori sekolah menengah dan sekolah rendah bagi mewakili negeri Kedah di peringkat Kebangsaan.

    Sehubungan dengan itu, mesyuarat jawatan kuasa pemilihan tokoh NILAM akan diadakan seperti ketetapan berikut:

    Tarikh   : 17 Mac 2014
    Masa  : 2 Petang
    Tempat  : Bilik Seminar Teratai, BTPN Kedah


     
    Surat jemputan telah dihantar melalui emel BTPN dan PKG.
    Harap maklum.
     

  • Mar 04 , 2014

    Kementerian Pendidikan Malaysia memandang berat laporan mengenai tindakan sebilangan sekolah di bawah kawalan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan didapati menerima secara terus hadiah atau sumbangan dalam bentuk barangan, peralatan, dan kemudahan daripada pertubuhan, institusi, syarikat dan Kerajaan Negara Luar tanpa pengetahuan dan kebenaran Kementerian atau Jabatan Pendidikan Negeri.

  • Jan 16 , 2014

    Dimaklumkan bahawa YTLC akan menganjurkan program Meet, Share & Learn 2014 bersama KPM. Sekolah yang terlibat dijemput hadir.

Background Image

Header Color

:

Content Color

: